All Posts Tagged With: "Sukan"
MB SELANGOR TAK MAMPU UNTUK TANGANI MASAALAH AIR
Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini menyifatkan kerajaan negeri Selangor pimpinan Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim tidak mampu menguruskan isu kecurian pasir di kawasan seluas 400 hektar berhampiran Taman Paya Indah Wetlands.
Timbalan Perdana Menteri berkata beliau melihat isu itu seperti terabai kerana kerajaan negeri tidak mengambil tindakan tegas terhadap pihak-pihak yang terlibat sehingga menjejaskan ekosistem di kawasan itu.
“Dia ada penasihat. Dia ada pakar. Datuk Seri Anwar Ibrahim penasihat kerajaan negeri. Tapi dia tak tahu nak urus.
“Soal pasir sahaja. ..read more 14Jul2010 | MYLASIA | View Comments | Continued
Edisi Sukan : Sepanyol Juara Piala Dunia 2010

gambar : Mstar Online Sepanyol juara Piala Dunia.
JOHANNESBURG – Sepanyol muncul Juara Piala Dunia pertama di bumi Afrika apabila menewaskan Belanda 1-0 menerusi jaringan Andres Iniesta pada minit ke-166 masa tambahan.
Kedua-dua pasukan terikat 0-0 pada separuh masa pertama.
Tindakan pengadil England, Howard Webb melayangkan kad merah kepada pertahanan Belanda, John Heitinga pada minit ke-109 menjadi detik kejatuhan ‘The Flying Dutchman’.
Sumber : Utusan Malaysia
Komen : Panglima turut serta menyaksikan siaran langsung perlawanan tersebut. Meskipun agak lambat kerana tidak sedar dari lena hingga ..read more 14Jul2010 | MYLASIA | View Comments | Continued
Tune Money Lancar Kempen Piala Dunia

Tune Money Sdn Bhd, syarikat perkhidmatan kewangan dalam talian milik Tune Group, hari ini melancarkan satu peraduan untuk pelanggan kad prabayar dan insurans dalam talian bagi meraikan Piala Dunia FIFA Afrika Selatan 2010.
Turut dikenali sebagai Tune-In to South Africa, pertandingan itu menawarkan hadiah bernilai RM100,000 termasuk wang tunai, jersi pasukan Piala Dunia, set LCD dan komputer riba dan iPads jenama Apple.
Ketua Pegawai Eksekutif Tune Money, Joyce Lai berkata, pihaknya ingin meraikan Piala Dunia bersama pelanggan dengan menawarkan ganjaran kepada mereka.
“Kami ..read more 28May2010 | MYLASIA | View Comments | Continued
World Cup FIFA 2010 Dalam ‘HD’
ASTRO terus menyemarakkan kehangatan Piala Dunia FIFA 2010 di Afrika Selatan dengan mendedikasikan kesemua 64 perlawanan secara langsung menerusi 12 saluran termasuk 10 saluran khas berdefinisi tinggi (HD) dan siaran biasa (SD) bermula 11 Jun depan.
Menurut Pegawai Ketua Eksekutif Astro, Datuk Rohana Rozhan, sebagai menghargai peminat-peminat bola sepak di Malaysia, pihaknya berbangga untuk menghidangkan kesemua perlawanan dalam saluran itu.
“Untuk para peminat bola sepak, sempena World Cup kali ini, kami mendedikasikan 10 saluran khas yang akan menyiarkan kesemua 64 perlawanan secara ..read more 20May2010 | MYLASIA | View Comments | Continued
Syarat kelayakan kursus perguruan tak dilonggar
Syarat kelayakan dalam permohonan kemasukan kursus perguruan tidak akan dilonggarkan untuk mencapai nisbah 50 peratus calon lelaki pada sesi pengambilan Jun depan, kata Timbalan Menteri Pelajaran, Dr Mohd Puad Zarkashi.
Beliau berkata, perkara itu tidak timbul kerana bilangan pemohon lelaki yang memenuhi merit kelayakan ditetapkan adalah mencukupi, malah terpaksa bersaing sesama mereka berikutan jumlahnya melebihi kuota diperuntukkan.
“Sebelum ini, perempuan lebih ramai menjadi guru kerana sebahagian besar permohonan adalah daripada mereka, bukan disebabkan calon lelaki gagal memenuhi syarat kelayakan. Walaupun jumlah ..read more 11May2010 | MYLASIA | View Comments | Continued
Penduduk Bangkok mula bosan
Penduduk Bangkok mula bosan
TERLETAK hanya kira-kira 100 meter dari ‘perkampungan’ penyokong antikerajaan Barisan Bersatu untuk Demokrasi Menentang Diktator (UDD), sebuah padang usang dipenuhi remaja Bangkok sedang bermain antara sukan yang paling digemari di Thailand masa kini, besbol.
Seolah-olah tiada apa yang terjadi berdekatan kawasan mereka, para remaja ini dilihat khusyuk bermain sambil gelak ketawa dengan rakan-rakan, seolah-olah tiada apa yang berlaku.
Sementara di Pusat MBK, salah satu pusat membelah-belah terbesar di Bangkok dipenuhi orang ramai dan para peniaga berniaga seperti biasa sejak ..read more 29Apr2010 | MYLASIA | View Comments | Continued
Jangan gelar dia penyamun, kata ibu remaja yang ditembak polis
Jangan gelar dia penyamun, kata ibu remaja yang ditembak polis
SHAH ALAM 27 – Norsiah Mohamad, ibu kepada Aminulrasyid Amzah, remaja yang ditembak mati awal pagi semalam ketika didakwa cuba melanggar beberapa anggota polis, meminta supaya Allahyarham anaknya tidak digelar penyamun atau penjenayah kerana beliau lebih mengenali siapa sebenarnya anaknya itu.
“Sebagai ibu yang melahirkan dan membesarkannya. Saya sangat terluka dan mohon supaya jangan gelarkan arwah anak saya sebegitu rupa. Tidak adil menuduh anak saya sebegitu tanpa pengesahan,” katanya kepada pemberita di ..read more 27Apr2010 | MYLASIA | View Comments | Continued
Platini selar pelaburan besar kelab Eropah
Platini selar pelaburan besar kelab Eropah
BRUSSELS, April 15 – Presiden UEFA, Michel Platini menyelar kelab bola sepak Eropah khususnya kelab Liga Perdana England yang suka berbelanja besar malah tindakan itu disifatkan merosakkan sukan itu sendiri.
Bekas pemain antarabangsa Perancis itu berkata, satu-satu cara untuk menyelamatkan sukan ini adalah kembali kepada model ekonomi lama iaitu tidak membelanjakan melebihi pendapatan.
“Dimana-mana menyaksikan bola sepak diuruskan menerusi cara yang tidak terkawal, oleh sebab itu, kewangan mereka terancam,
“Banyak kes yang terjadi, kelab profesional, pelabur swasta telah ..read more 14Apr2010 | MYLASIA | View Comments | Continued
Disiplin perlu ketika berdiet – Schmeichel
Disiplin perlu ketika berdiet – Schmeichel
KEHADIRAN penjaga gawang yang disenaraikan salah seorang daripada 125 pemain bola sepak terhebat dunia oleh Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (Fifa), Peter Schmeichel, 46, ke negara ini awal Mac lalu ternyata menjadi buruan peminat. Dalam pertemuan singkat, Mingguan Malaysia dipilih melakukan temu bual eksklusif bersama Schmeichel.
Bezanya kali ini, Schmeichel bukan sahaja berkongsi panduan bermain bola sepak dengan baik tetapi bagaimana dia menjaga kesihatan. Lihat sahaja badannya yang masih segak dan gagah walaupun pada usia 40-an. ..read more 11Apr2010 | MYLASIA | View Comments | Continued
Tony akan teroka perniagaan penjagaan kesihatan?
Tony akan teroka perniagaan penjagaan kesihatan?
KUALA LUMPUR 9 April – Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) AirAsia Group, Datuk Seri Dr Tony Fernandes, yang baru-baru ini dianugerahkan ijazah doktor kehormat dalam inovasi Perniagaan oleh Universiti Teknologi Malaysia (UTM), mungkin meneroka ke dalam perniagaan penjagaan kesihatan pula satu hari nanti.
“Mungkin hospital,” kata beliau semasa ditanya mengenai perniagaan lain yang akan diterokanya.
Baru-baru ini beliau menyertai sektor pendidikan dengan menguasai 30 peratus pegangan dalam Kuala Lumpur Education City (KLEC).
Masih terdapat potensi yang luas dalam industri ..read more 9Apr2010 | MYLASIA | View Comments | Continued



