All Posts Tagged With: "Teruk"
Kedah sudah tiada wangkah?
Kedah sudah tiada wangkah?
SAYA terpanggil untuk sama-sama berfikir supaya memperbetulkan mana silapnya dengan apa yang berlaku di Kedah sekarang.
Sebagai permulaannya kita lihat hutan simpan khazanah kita kini dicerobohi pembalak haram contohnya di Hutan Simpan Pedu, siapakah dalangnya?
Bukankah kuasa tanah dan balak oleh Menteri Besar? Banyak hutan simpan yang telah diteroka sehingga jelas dan ketara sangat begitu lahapnya. Apakah kerajaan negeri kini ketandusan sumber kewangan untuk mentadbir negeri?
Kita lihat pula tanah milik kerajaan diceroboh sehingga licin di Felcra Malau ternyata kuasa ..read more 19May2010 | MYLASIA | View Comments | Continued
Nabil kemalangan lagi
Nabil kemalangan lagi
INI bukan kali pertama dia kemalangan motosikal tetapi seingat Joyah sudah dua kali Nabil ‘cium’ jalan dek penangan motor kesayangannya itu. Sebelum ini dia nyaris maut apabila tercampak selepas motosikal yang ditunggang terbabas di Bukit Jelutong, Shah Alam.
Malah kekasih kepada Irma Hasmie itu juga terkena penghadang jalan dan mengakibatkannya cedera ringan pada bahagian siku dan kaki.
Kali ini Nabil dikatakan mengalami bengkak-bengkak di beberapa bahagian badan apabila motosikal berkuasa tinggi yang ditunggangi terbabit dalam satu kemalangan di ..read more 16May2010 | MYLASIA | View Comments | Continued
Funkel setuju tinggalkan Herta
Funkel setuju tinggalkan Herta
BERLIN, 12 Mei – Kelab di kedudukan terbawah, Hertha Berlin dan Friedhelm Funke bersetuju untuk mencapai satu perjanjian, semalam.
“Kedua-dua pihak bersetuju untuk menyambung kontrak yang bakal berakhir hingga akhir musim ini,” kata kelab dalam satu kenyataan.
Kontrak itu menyebut, Funkel akan terus kekal sebagai jurulatih secara automatik jika kelab masih kekal dalam liga dan walaupun dia masih menawarkan diri untuk membimbing kelab yang telah berada dalam divisyen kedua itu, Hertha tetap dengan pendirian untuk mencari jurulatih baru.
Funkel telah ..read more 11May2010 | MYLASIA | View Comments | Continued
Bila Peluru Tak Bermata…
Oleh SYAHRIL A. KADIRwww.syahrilkadir.wordpress.com
Sewaktu bertugas sebagai wartawan jenayah dulu, saya sering juga menyertai pertandingan menembak yang dianjurkan oleh beberapa agensi keselamatan negara terutama oleh Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM).
Entah di mana silap saya, selalunya daripada 10 biji butir peluru hidup yang dibekalkan penganjur, jarang sangat tembakan saya mengenai sasaran. Adakalanya hanya dua atau tiga butir saja yang mengenai target, yang lain tu entah ke mana!
Selalunya sebelum pertandingan dimulakan, jurulatih bertugas akan menerangkan kepada kami tentang langkah-langkah ..read more 11May2010 | MYLASIA | View Comments | Continued
Sekatan jalan di lebuh raya GCE susahkan pengguna
Sekatan jalan di lebuh raya GCE susahkan pengguna
SAYA merupakan penduduk Rawang yang menggunakan lebuh raya GCE setiap hari untuk pulang ke rumah dan bersedia mengeluarkan wang membayar tol kerana tidak mahu tersekat di simpang Jalan Batu Arang.
Tetapi sejak kebelakangan ini, saya dapati pihak polis kerap mengadakan sekatan jalan selepas Plaza Tol Bukit Jelutong pada waktu petang. Sekatan jalan ini mengakibatkan kesesakan yang teruk kerana pihak polis hanya membuka satu lorong sahaja.
Setiap kali sekatan diadakan, saya pasti akan lambat sampai ..read more 10May2010 | MYLASIA | View Comments | Continued
Penangan Gunung Berapi Eyjafjallaokul
Oleh HAFIZAHRIL HAMID
Dengan penduduk hanya seramai 318,000 orang serta keluasan 103,001 kilometer persegi, Iceland merupakan negara pulau ke-18 terbesar di dunia dan kedua terbesar di Eropah selepas Britain.
Fakta menarik tentang Iceland adalah negara itu menjadi yang pertama mempunyai Perdana Menteri homoseks iaitu Johanna Siguroardottir. Beliau yang juga seorang lesbian kini menjalin hubungan dengan Jonina Leosdottir yang juga seorang penulis terkenal di sana.
Dari segi ekonominya Iceland walaupun hanya sebuah negara kecil tetapi merupakan antara negara termaju dan paling produktif di ..read more 25Apr2010 | MYLASIA | View Comments | Continued
PKR Selangor : Anak Cina disusukan, Anak Melayu dibiar mati kelaparan

Inilah nasib anak Melayu di Selangor, kerajaan PKR menafikan hak mereka untuk belajar apatah lagi di menara gading. Sedang Melayu jauh ketinggalan dengan bangsa asing, kini terdapat pemimpin parti politik yang menyebabkan keadaan bangsa Melayu semakin teruk,
Namun apa yang amat menyedihkan kepada bangsa Melayu adalah anak Cina diberi perhatian.. tetapi anak Melayu dibiarkan terus terpinggir!!
Betullah kata pepatah Melayu… Anak kera dihutan disusukan, anak dirumah mati kelaparan.. cuma kali ini anak Cina disusukan, anak Melayu dibiar mati kelaparan oleh PKR!!!..
Mana tidaknya ..read more 13Apr2010 | MYLASIA | View Comments | Continued
Air isotonik bukan ubat demam
Air isotonik bukan ubat demam
Ibu mengandung berisiko
1) Adakah ibu mengandung menghadapi masalah jika dijangkiti denggi?
2) Apakah penyelesaian untuk ibu dan kandungannya, adakah rawatannya sama seperti pesakit denggi yang lain?
Saiful, Alor Setar, Kedah.
Dr. Malik
1) Ya, risiko menghadapi masalah untuk ibu mengandung adalah tinggi kerana ianya boleh melibatkan 2 nyawa jika berlaku pendarahan dalaman.
2) Rawatannya sama seperti pesakit lain, Cuma perlu diberi lebih perhatian untuk mengatasi masalah yang mungkin timbul.
Denggi boleh membunuh
1) Berapa lamakah selepas demam seharusnya saya berjumpa doktor semula untuk ..read more 11Apr2010 | MYLASIA | View Comments | Continued
Jangan contohi sikap buruk perusuh Baju Merah
Jangan contohi sikap buruk perusuh Baju Merah
PERGOLAKAN di negara jiran kita, Thailand semakin meruncing. Sebanyak sembilan nyawa melayang dan 242 yang lain cedera apabila tentera melepaskan tembakan peluru getah dan gas pemedih mata ke arah penunjuk perasaan yang merusuh dan melontarkan bom petrol di Bangkok, kelmarin.
Ketidakstabilan politik di negara ‘gajah putih’ itu tentu sahaja membimbangkan kita. Sebagai negara jiran, kita bimbang keadaan kacau bilau itu akan menjejaskan kepentingan penduduk Malaysia terutama dalam aspek ekonomi. Banyak urusan jual beli melibatkan kedua-dua ..read more 11Apr2010 | MYLASIA | View Comments | Continued
Sembelit penyebab buasir
Sembelit penyebab buasir
MENGIKUT pendapat umum, buasir adalah topik yang jarang dibincang secara terbuka. Ini adalah kerana perasaan malu iaitu buasir terjadi di bahagian sulit. Kehadiran tisu buasir adalah sebagai komponen normal di dalam anatomi manusia. Buasir biasanya terdiri daripada kusyen vaskular (yang kaya dengan saluran darah) di dubur yang bertindak sebagai lapik termampat untuk membenarkan dubur tutup sama sekali. Buasir akan menaikkan simptom atau membawa masalah apabila ia membesar, lazimnya hasil daripada tekanan atau stres yang berlebihan.
Bagi kebanyakan dewasa, di ..read more 8Apr2010 | MYLASIA | View Comments | Continued



