All Posts Tagged With: "Tiga"
Razzi kembali dengan duo
Razzi kembali dengan duoJudul Album: Razzi Rahman – Irfan Khairi Artis: Razzi Rahman dan Irfan Khairi Konsep Muzik: Sentimental Pop Terbitan: Razzi Rahman Productions
KOMEN: Penyanyi tahun 1980-an Razzi Rahman yang bersuara lembut dan gemersik kembali dengan album single terbarunya yang mengandungi tiga lagu berjudul Kerana, Misteri dan Akustik Sepi.
Razzi yang masih mengekalkan gaya suara yang sama seperti dulu bukan setakat menyanyi tetapi turut mencipta dua lagu berjudul Misteri dan Akustik Sepi menerusi album ini.
Menariknya, Razzi tidak muncul sendirian tetapi bersama rakan duonya, Irfan ..read more 15Mar2010 | MYLASIA | 0 comments | Continued
Lelaki peras ugut Trezeguet dipenjara
Lelaki peras ugut Trezeguet dipenjara
MILAN 13 Mac – Seorang lelaki dijatuhi hukuman penjara tiga tahun empat bulan kerana cuba memeras ugut sejumlah wang daripada penyerang pasukan bola sepak Juventus yang juga bekas pemain Perancis, David Trezeguet.
Mahkamah Turin juga mengarahkan Fabrizio Corona membayar AS$34,450 (RM113,980) sebagai ganti rugi kepada Trezeguet.
Corona merakamkan gambar Trezeguet di luar sebuah bar dan mengatakan dia akan menyiarkan semua gambar itu kecuali jika pemain itu memberikannya wang. – ..read more 12Mar2010 | MYLASIA | 0 comments | Continued
Tiga lelaki Afrika ditahan berhubung siasatan rogol
Tiga lelaki Afrika ditahan berhubung siasatan rogol
PETALING JAYA 10 Mac – Tiga lelaki Afrika ditahan untuk siasatan berhubung kejadian cuba merogol seorang pelajar kolej swasta di sebuah apartmen di sini tengah malam tadi.
Ketua Polis Petaling Jaya, ACP Arjunaidi Mohamed berkata, wanita berumur 24 tahun itu pergi ke rumah berkenaan dipercayai selepas dihubungi oleh seorang rakannya.
“Selepas memasuki rumah itu, mangsa dipercayai cuba dirogol oleh tiga suspek namun dia sempat menghubungi rakannya yang memberitahu polis,” katanya.
Beliau berkata, ketiga-tiga suspek berusia lingkungan ..read more 10Mar2010 | MYLASIA | 0 comments | Continued
ANWAR NIZAR BARU=A:ANTARA UMNO PAS SIAPA YANG LEMAH.
Tidak dinafikan pembangkang telah berjaya melemahkan Umno dan BN pada pru ke 12 yang lalu.Tapi kekuatan yang dapat oleh pembangkang terutama Pas telah membuat Pas terlalu riak dengan mengandaikan yang Umno akan terkubur pada pru ke 13 nanti.Tapi belum lagi sampai pada pru 13 Pas sudah bergelora dengan krisis kepimpinan yang akan melemah dan menghancurkan Pas sekiranya ahli Pas tidak berani sebagaimana beraninya ahli Umno yang menukar kepimpinan yang telah terlalu lemah.
Kerana kelemahan presiden Pas lah Pas hanya menjadi pak ..read more 10Mar2010 | MYLASIA | 0 comments | Continued
Guru patut bergilir ke luar bandar
Para guru perlu menganggap penempatan di kawasan luar bandar sebagai khidmat negara, kata Setiausaha Agung Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP), Lok Yim Pheng hari ini.
Dengan perubahan paradigma ini, tempoh perkhidmatan mereka di kawasan luar bandar akan lebih bermanfaat dan berhasil kerana mereka akan dapat menjalankan tugas dan tanggungjawab mereka dengan penuh minat, katanya.
Melalui sistem itu, NUTP berharap kerajaan akan membenarkan guru terbabit dipindahkan selepas mereka mengajar dua hingga tiga tahun di sekolah luar bandar.
“Apa yang berlaku sekarang ialah sebaik sahaja ..read more 10Mar2010 | MYLASIA | 0 comments | Continued
Sultan Kelantan fail permohonan sah cerai isteri kedua
Sultan Kelantan fail permohonan sah cerai isteri kedua
KOTA BHARU 9 Mac – Sultan Kelantan, Tuanku Ismail Petra Tuanku Yahya Petra hari ini memfailkan permohonan pengesahan cerai talak tiga terhadap isteri kedua baginda, Che Puan Elia Suhana Ahmad, di Mahkamah Tinggi Syariah Kota Bharu di sini.
Peguam Sultan Kelantan, Zainul Rijal Abu Bakar, ketika dihubungi berkata, beliau dan rakannya Abdul Halim Bahari telah memfailkan permohonan itu pada 3.30 petang.
“Kami telah dititahkan oleh Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Ismail Petra supaya ..read more 9Mar2010 | MYLASIA | 0 comments | Continued
Enam produk kosmetik disahkan mengandungi racun
Enam produk kosmetik disahkan mengandungi racun
KUALA LUMPUR 4 Mac – Enam produk kosmetik disenarai hitam oleh Kementerian Kesihatan selepas disahkan mengandungi racun berjadual.
Produk tersebut adalah Temulawak Whitening Pearl Cream Papaya, Ratna Sari Whitening Night Cream, Atika Beauty Renewal Night Cream, Chantique Whitening Night Cream dan NV Toner Treatment No. 1 serta No. 2.
Pengarah Kanan Perkhidmatan Farmasi kementerian, Eisah A. Rahman berkata notifikasi produk berkenaan telah dibatalkan berikutan mengandungi racun berjadual sama ada tretinoin atau hydoroquinone atau kedua-duanya sekali.
“Penggunaan bahan tersebut ..read more 5Mar2010 | MYLASIA | 0 comments | Continued
Rogol: Pengawal keselamatan dipenjara 16 tahun, 15 sebatan
Rogol: Pengawal keselamatan dipenjara 16 tahun, 15 sebatan
KUANTAN 3 Mac – Seorang pengawal keselamatan dijatuhi hukuman penjara 16 tahun dan 15 sebatan oleh Mahkamah Sesyen Kuantan di sini atas kesalahan merogol seorang gadis orang kurang upaya (OKU), tiga tahun lalu.
Hakim Ahmad Zamzani Mohd. Zin menjatuhkan hukuman tersebut terhadap Mohamad Ridha Zulkifli, 26, setelah mendapati pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes berkenaan.
Hukuman berkuat kuasa bermula Mohamad Ridha ditahan iaitu pada 19 Februari 2007. – Utusan
Five Filters featured article: Chilcot Inquiry. Available tools: ..read more 3Mar2010 | MYLASIA | 0 comments | Continued
Anggota polis tembak bakal isteri dipercayai gara-gara cemburu
Anggota polis tembak bakal isteri dipercayai gara-gara cemburu
KUALA LUMPUR 2 Mac – Akibat mengikut perasaan cemburu, seorang anggota polis bertindak menembak bakal isterinya dan abang mangsa di sebuah rumah di Projek Perumahan Rakyat Kerinchi di sini, malam ini.
Bakal isteri suspek, G. Prema, 24, dan abangnya, G. Davandran, 25, ditembak oleh anggota polis itu yang bertugas sebagai pemandu di Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi di sini. Kedua-dua mangsa bagaimanapun hanya mengalami kecederaan ringan.
Timbalan Ketua Jabatan Siasatan ..read more 2Mar2010 | MYLASIA | 0 comments | Continued
70 maut tanah runtuh di Uganda
70 maut tanah runtuh di Uganda
BUDUDA 3 Mac. – Tanah runtuh di Uganda menenggelamkan tiga perkampungan dan mengorbankan sekurang-kurangnya 70 orang dengan 250 lagi masih hilang.
Pengerusi daerah, Wilson Watira berkata, tanah runtuh sepanjang malam tadi telah menimbus kediaman, gudang dan sekurang-kurangnya sebuah sekolah.
Menurutnya, sehingga lewat semalam, pasukan penyelamat telah menemui 70 mayat tetapi beratus-ratus lagi orang masih hilang.
Kejadian berlaku 275 kilometer ke timur ibu negara Kampala, berhampiran Bududa. Kawasan tersebut sememangnya sering dilanda tanah runtuh, tetapi angka korban kali ini ..read more 2Mar2010 | MYLASIA | 0 comments | Continued