All Posts Tagged With: "Tumpah"

Selamat tinggal 2009, Selamat datang 2010

Minggu terakhir 2009 menyaksikan banyak air mata yang tumpah. Kemalangan jalan raya yang bertimpa-timpa menyebabkan banyak nyawa terkorban.

Paling menyayat hati tragedi bas Sani Express yang pemandunya mengaku terlelap lalu hilang kawalan serta melanggar pembahagi jalan di Kilometer 280.3, Lebuh raya Utara-Selatan (PLUS) arah utara pada pukul 1.23 pagi 26 Disember lalu. Kejadian itu mengorbankan 10 penumpang yang duduk di bahagian bawah bas dua tingkat itu.

Tragedi ini tentunya meninggalkan kesan mendalam kepada keluarga mangsa dan trauma yang berterusan kepada mereka yang ..read more 3Jan2010 | MYLASIA | 0 comments | Continued

Sikap ‘hak milik gunasama’ jadi ‘hak milik persendirian’

Sikap ‘hak milik gunasama’ jadi ‘hak milik persendirian’

SAYA merupakan salah seorang penduduk awal yang telah menetap di sebuah kompleks perumahan polis di Cheras, Kuala Lumpur. Sedikit pengenalan, kompleks perumahan ini telah dibuka secara rasminya pada penghujung Disember 1994.

Kompleks perumahan yang menempatkan keseluruhan anggota polis berpangkat rendah (LLP) ini terbahagi kepada 2 jenis unit iaitu apartment 5 tingkat (16 blok) dan teres setingkat (melebihi 100 unit).

Persatuan penduduk di kompleks perumahan ini bergiat cergas dengan mesyuarat dan aktiviti-aktiviti kekeluargaan. Sikap ..read more 24Dec2009 | MYLASIA | 0 comments | Continued

Hajat terakhir Chin Peng

Walaupun Chin Peng begitu sekali ingin pulang ke tanah tempat tumpah darahnya, tetapi bekas pemimpin Parti Komunis Malaya (PKM) yang berusia kini 85 tahun, bagaimanapun belum bersedia untuk memohon maaf di atas apa yang telah berlaku – tidak seperti yang dilaporkan media minggu lalu.

“Saya tidak ada niat lain selain daripada untuk pulang ke tanahair saya,” katanya.

Kerajaan pula berkeras tidak membenarkan Chin Peng, yang kini tinggal di Thailand, untuk memijak bumi Malaysia, atas alasan kekejaman yang telah dilakukan oleh PKM.

Bercakap kepada ..read more 29Nov2009 | MYLASIA | 0 comments | Continued

Fadhilat Dan Hikmah Korban

Hadith :

Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya:” Aku diperintahkan dengan menyembelih korban itu dan ia adalah sunat ke atas kamu” Riwayat at- Tirmidzi

Huraian:

i) Qurban atau Udhiah bermaksud menyembelih haiwan yang tertentu jenisnya daripada ternakan yang dikategorikan sebagai al-an’am iaitu unta, lembu (termasuk kerbau), biri-biri dan kambing pada Hari Nahar atau Hari Raya Haji (10 Zulhijjah) dan pada hari-hari Tasyrik (11,12 dan 13 Zulhijjah) kerana bertaqarrub (mendekatkan diri) kepada Allah.

ii) Antara hikmah korban adalah:

a) Memperingati peristiwa ketaatan Nabi Ibrahim a.s yang sanggup ..read more 29Nov2009 | MYLASIA | 0 comments | Continued

Bahaya pemikiran kelompok Ahbash

Oleh DR. MOHD ASRI ZAINUL ABIDINwww.drmaza.com

SUKA mengkafir dan menyesatkan orang lain bukan akhlak muslim. Ahlul Sunnah wal Jamaah berpegang kepada asas tidak mengkafirkan individu Muslim lain melainkan terdapat bukti yang yakin tanpa syak dan tidak keuzuran lagi yang boleh diberikan kepadanya.

Sabda Nabi SAW: Sesiapa yang memanggil orang lain dengan ‘kafir’ atau ‘musuh Allah’ sedang dia tidak begitu, maka tuduhan itu kembali kepadanya (penuduh) (riwayat al-Bukhari dan Muslim).

Sikap suka menuduh orang lain kafir atau sesat sewenang-wenangnya merupakan penyakit jiwa yang terpendam ..read more 22Nov2009 | MYLASIA | 0 comments | Continued

AZIZAH – BHGN. AKHIR

1. Kesimpulan dari 9 siri kisah Azizah sebelum ini ialah Azizah ‘makan hati’ sepanjang perkahwinannya dengan AnWAR dari dahulu hingga sekarang. Sikapnya sendiri yang mahukan ‘glamour’ serta didikan AnWAR yang menyimpang dari landasan etika hidup berumahtangga mendorong Azizah begitu sinonim dengan perangai AnWAR. Ramai telah tahu tentang sikap ‘auta’ AnWAR. Sekarang umum perlu ketahui perangai Azizqah yang salin tak tumpah seperti AnWAR, malahan lebih teruk lagi.

2. Azizah seorang yang impikan glamour dalam hidupnya! Seawal hidupnya, Azizah sering diabaikan ibubapanya yang ..read more 16Nov2009 | MYLASIA | 0 comments | Continued

SEO Powered by Platinum SEO from Techblissonline