All Posts Tagged With: "Ucapan"
Iran larang media asing buat liputan perbarisan
Message from fivefilters.org: If you can, please donate to the full-text RSS service so we can continue developing it.
Iran larang media asing buat liputan perbarisan
TEHERAN 11 Feb. – Buat pertama kalinya Iran melarang media asing membuat liputan majlis perbarisan sempana sambutan ulang tahun ke-31 revolusi Islam di negara tersebut esok.
Larangan itu dikeluarkan ketika pihak pembangkang merancang untuk mengadakan bantahan anti-kerajaan.
Seorang pegawai koordinasi media berkata, wartawan dan jurugambar hanya dibenarkan ..read more 10Feb2010 | MYLASIA | 0 comments | Continued
Kes liwat Anwar: Pendakwa akan buktikan kesan air mani kepunyaan tertuduh
Oleh Ahmad Johari Ali dan Norhashimah Mohd Radzali
KUALA LUMPUR: Pihak pendakwaan akan membawa keterangan di mahkamah bahawa kesan air mani dari spesimen yang diambil dari dalam dubur Mohd Saiful Bukhari Azlan disahkan oleh pihak Jabatan Kimia sebagai kepunyaan tertuduh, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Dalam ucapan pembukaan pendakwaan yang dibacakan Peguam Cara Negara II Datuk Mohd Yusof Zainal Abidin, yang mengetuai pasukan pendakwaan, dalam perbicaraan kes liwat Anwar di Mahkamah Tinggi di sini sebentar tadi, pihak pendakwa akan membuktikan kesalahan tertuduh melampaui ..read more 3Feb2010 | MYLASIA | 0 comments | Continued
Royalti minyak: Ku Li sepatutnya guna saluran sesuai
Royalti minyak: Ku Li sepatutnya guna saluran sesuai
KUALA LUMPUR 2 Feb. – Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, tindakan bekas Menteri Kewangan, Tengku Razaleigh Hamzah yang menggunakan platform pembangkang untuk menyatakan pendirian berkenaan isu royalti minyak adalah sesuatu yang tidak boleh diterima.
Beliau berkata Ketua UMNO Bahagian Gua Musang itu sepatutnya menggunakan medium lain yang lebih sesuai seperti forum untuk menyatakan sesuatu pandangan.
“Saya rasa ini tidak boleh diterima, saya sendiri akan menggunakan saluran seperti forum untuk menyuarakan pandangan saya.
“(Malahan) ..read more 2Feb2010 | MYLASIA | 0 comments | Continued
Graduan pertanian jadi PRO
Tugas sebagai seorang pegawai perhubungan awam (PRO) menuntut seseorang bijak dalam menangani pelbagai isu yang berkaitan dengan syarikat atau organisasi tempat kerja yang diwakilinya.
Malah, kemahiran komunikasi dan mengendalikan acara-acara tertentu antara kebolehan asas yang perlu ada pada seorang PRO.
Bagi Ketua Bahagian Komunikasi Korporat, Universiti Putra Malaysia (UPM), Abdullah Arshad, 35, walaupun dia merupakan lulusan bidang pertanian daripada universiti yang sama, namun ia tidak menghalangnya untuk membina kerjaya dalam bidang itu.
Mengakui menghadapi sedikit kesukaran pada awal tugasnya tiga tahun lepas namun, ..read more 26Jan2010 | MYLASIA | 0 comments | Continued
2010 ambang pelaksanaan RMK-10
2010 ambang pelaksanaan RMK-10
TAHUN 2009 sudah pun berlalu dengan pelbagai peristiwa gembira dan menggemparkan. Antara peristiwa penting tahun lalu adalah transisi kepimpinan negara yang berjalan dengan baik dan lancar. Pada 3 April, Datuk Seri Najib Tun Razak mengambil alih pentadbiran negara sebagai Perdana Menteri keenam menggantikan Tun Abdullah Ahmad Badawi.
Sebaik dinobatkan sebagai Perdana Menteri, dalam ucapan sulungnya, Najib melontarkan idea dan konsep 1Malaysia, ‘Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan’. Idea itu menjadi wacana dalam kalangan rakyat sehingga akhirnya ia diterima sebagai satu ..read more 2Jan2010 | MYLASIA | 0 comments | Continued
Kesepakatan pembangkang?
Kesepakatan pembangkang?
JIKA di dalam Pas masih ada di kalangan pemimpin atau ahlinya yang masih mencurigai Datuk Seri Abdul Hadi Awang berhubung kerajaan perpaduan, maka mulai kelmarin mereka harus menghapuskan prasangka itu.
Kalau di dalam Pas masih ada ahlinya, tidak yakin bahawa Presiden Pas tersebut mahu mengukuhkan kerjasama dengan pakatan pembangkang bersama-sama Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP, maka mulai kelmarin mereka sudah boleh yakin.
Malah kalau di kalangan ahli dan penyokong Pas masih ada yang berpegang kepada ucapan dasar Abdul Hadi pada ..read more 21Dec2009 | MYLASIA | 0 comments | Continued
Retorik parti pembangkang
Retorik parti pembangkang
KALAULAH rumusan mahu dibuat mengenai Konvensyen Pakatan Rakyat di Shah Alam, semalam, tiada apa-apa yang menarik selain pakatan tersebut menggambarkan seolah-olah merekalah manusia pilihan dan paling layak memimpin Malaysia.
Bagi mereka, hanya pakatan mereka sahaja pilihan terbaik untuk memulihkan negara ini kononnya daripada segala kepincangan sama ada politik, ekonomi, pendidikan dan sosial. Lihat sahaja isi kandungan ucapan tiga pemimpin utama pakatan itu bermula daripada Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim, diikuti oleh Setiausaha Agung DAP, ..read more 20Dec2009 | MYLASIA | 0 comments | Continued
PM saran rakyat pelajari Mandarin
Rakyat Malaysia, terutama dari kaum Melayu perlu mempelajari bahasa Mandarin memandangkan ia kini menjadi bahasa yang cukup penting apabila China muncul sebagai salah satu kuasa besar dalam ekonomi dunia, kata Datuk Seri Najib Razak malam tadi.
Perdana menteri berkata dengan mempelajari satu lagi bahasa, ia akan membolehkan seseorang itu memahami dengan lebih jelas mengenai orang lain yang mempunyai latar belakang yang berbeza, sekaligus membolehkan mereka lebih menghormati antara satu sama lain.
“Hanya apabila kita menghormati antara satu sama lain, baru kita boleh ..read more 15Dec2009 | MYLASIA | 0 comments | Continued
Ambil iktibar titah sultan
Ambil iktibar titah sultan
SHAH ALAM 13 Dis. – Kerajaan negeri diminta mengambil iktibar daripada peringatan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah yang bimbang dengan situasi semasa negeri itu yang dilihat lebih banyak menumpukan soal politik berbanding pembangunan rakyat.
Ekoran itu pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di Selangor mahu kerajaan negeri pimpinan Parti Keadilan Rakyat (PKR), DAP dan Pas agar memberi banyak tumpuan pada agenda pembangunan dan berhenti menyalahkan orang lain dalam semua perkara.
Pengerusi Gabungan Pertubuhan Sukarela Selangor (GPSS), Datuk Mat ..read more 14Dec2009 | MYLASIA | 0 comments | Continued
Nik Aziz : Mahfuz memandai-mandai
KOTA BHARU 9 Dis. – Naib Presiden Pas, Datuk Mahfuz Omar disifatkan sebagai ‘memandai-mandai’ kerana kembali mencungkil isu Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK).
Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menegaskan, perkara itu telah dibincangkan dan diselesaikan selepas pertemuan dengan pimpinan Pas Pusat baru-baru ini.
Oleh itu katanya, Mahfuz tidak perlu lagi mengeluarkan sebarang kenyataan yang tidak sepatutnya kepada media.
Nik Abdul Aziz berkata, tindakan Mahfuz itu adalah satu kesilapan yang tidak mempunyai strategi dan hanya memberi peluang kepada UMNO untuk ‘berpesta’.
“Ucapan ..read more 10Dec2009 | MYLASIA | 0 comments | Continued