All Posts Tagged With: "Umat Islam"

Perpaduan politik umat Islam boleh dicapai – Nasharudin

KUALA LUMPUR 9 Mac – Timbalan Presiden Pas, Nasharudin Mat Isa yakin usaha mewujudkan perpaduan di kalangan parti politik yang mewakili umat Islam boleh dicapai jika semua pihak berusaha bersungguh-sungguh ke arah itu.

Beliau berkata, semua pihak tidak harus bersikap mengalah walaupun beberapa usaha sebelum ini bagi mewujudkan persefahaman antara parti politik terbesar umat Islam iaitu Pas dan UMNO terhenti di separuh jalan.

“Usaha mewujudkan perpaduan ini bukan boleh berlaku dalam tempoh sehari dua atau sekelip mata.

“Kita memerlukan satu tempoh untuk terus ..read more 10Mar2010 | MYLASIA | 0 comments | Continued

Insentif khas iktiraf pembaca al-Quran langkah tepat

Insentif khas iktiraf pembaca al-Quran langkah tepat

IMBUHAN khas sepanjang hayat RM2,000 setiap bulan kepada johan qari dan qariah tilawah al-Quran peringkat antarabangsa, adalah antara berita menggembirakan kepada umat Islam Malaysia tahun ini.

Imbuhan ini juga dilihat bertepatan dengan perkembangan tilawah al-Quran peringkat antarabangsa yang masuk kali ke-52 penganjurannya oleh Malaysia. Kali pertama ia dianjurkan pada tahun 1961 yang diasaskan oleh Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra Alhaj.

Selain menyuntik semangat kepada para qari dan qariah sedia ada, ia juga mampu menjadi pemangkin kepada ..read more 5Mar2010 | MYLASIA | 0 comments | Continued

Peranan ulama tidak seiring arus perubahan zaman?

Peranan ulama tidak seiring arus perubahan zaman?

DALAM perkembangan teknologi yang pesat sekarang, para ulama seolah-olah sudah tidak berperanan dalam arus perubahan zaman. Peranan para ulama seolah-olah semakin diketepikan dalam penentuan masa depan dan matlamat ummah. Begitulah anggapan setengah pihak terhadap ulama hari ini.

Ada pihak pula beranggapan bahawa para ulama secara relatif tidak lagi berperanan serta boleh tampil ke depan dengan suara yang lantang. Hanya ada ketika yang tertentu saja pendapat atau pun pandangan mereka diperlukan dalam membuat rujukan. Tetapi daripada ..read more 3Mar2010 | MYLASIA | 0 comments | Continued

Masjid: Sultan Perak murka laporan salah akhbar

Masjid: Sultan Perak murka laporan salah akhbar

KUALA KANGSAR 1 Mac – Sultan Perak, Sultan Azlan Shah (gambar) hari ini murka dengan laporan sebuah akhbar berbahasa Inggeris tempatan semalam yang menyiarkan sebuah rencana melabelkan masjid warisan, Masjid Insaniah Iskandariah di Padang Rengas dekat sini sebagai terbiar serta tidak terjaga.

Semasa membuat lawatan mengejut ke masjid tersebut hari ini, baginda turut menitahkan akhbar tersebut supaya memperbetulkan kenyataan itu kerana ia boleh menimbulkan persepsi salah kepada masyarakat.

”Minta perbetulkan kenyataan itu semula kerana Jabatan Warisan ..read more 2Mar2010 | MYLASIA | 0 comments | Continued

Umat Islam bersifat dinamik

Oleh ZIN MAHMUD

Umat Islam pada zaman Rasulullah SAW jelas bersatu. Dengan Nabi Muhammad SAW menjadi pemimpin, tentunya menjadi umat Islam lebih mudah kerana patuh saja kepada Rasulullah SAW.

Namun begitu jika diteliti hadis-hadis dapat gambaran bahawa umat Islam khususnya di Madinah adalah masyarakat yang dinamik. Anggota masyarakat Islam sentiasa mengeluarkan pendapat yang pelbagai dan berhujah di antara satu sama lain. Terdapat kebebasan berfikir dan bersuara.

Para sahabat bertanya bukan saja kepada Rasulullah SAW, tetapi juga memberi pendapat. Begitu juga dengan Rsaulullah SAW ..read more 28Feb2010 | MYLASIA | 0 comments | Continued

Pulau Pinang perkenal sistem daftar kahwin online

GEORGETOWN: Kerajaan Pulau Pinang memperkenalkan sistem pendaftaran perkahwinan umat Islam di negeri ini secara online yang dikenali sebagai e-munakahat.

Pengerusi Jawatankuasa Perdagangan, Hal Ehwal Pengguna dan Agama Islam negeri, Abdul Malik Abul Kassim, berkata e-munakahat mengandungi lima modul utama iaitu kebenaran kahwin, pendaftaran perkahwinan, cerai, rujuk dan akad nikah.

“Selain memudahkan urusan perkahwinan, orang ramai juga dapat mencari maklumat dengan lebih mudah berkaitan urusan perkahwinan melalui e-munakahat yang dikendalikan Jabatan Agama Islam Pulau Pinang (Jaipp),” katanya ketika berucap pada Majlis Sambutan Maulidur ..read more 28Feb2010 | MYLASIA | 0 comments | Continued

Umat Islam digesa atasi penyakit dalaman

Message from fivefilters.org: If you can, please donate to the full-text RSS service so we can continue developing it.

Umat Islam digesa atasi penyakit dalaman

PUTRAJAYA 26 Feb. – Umat Islam negara ini diajak supaya bekerja keras mengatasi perbezaan pendapat yang masih membelenggu diri sehinggakan tiada kesepakatan dalam isu yang sepatutnya mereka bersatu.

Meminta agar direnungi saranannya itu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata, ia merupakan suatu penyakit dalaman yang masih wujud di sana sini.

Tegas beliau, fenomena berkenaan ..read more 27Feb2010 | MYLASIA | 0 comments | Continued

Umat Islam perlu elak berkelahi sesama sendiri

Message from fivefilters.org: If you can, please donate to the full-text RSS service so we can continue developing it.

Umat Islam perlu elak berkelahi sesama sendiri

SAMBUTAN Maulidur Rasul semalam, disambut dengan pelbagai acara bagi mengingati dan menghayati sunnah-sunnah yang ditinggalkan oleh Nabi Muhammad SAW. Pada pagi hari lagi kelihatan umat Islam terutama orang Melayu memakai baju kebangsaan menuju masjid dan surau. Ada yang berpakaian biasa untuk menyertai program gotong-royong dan silaturrahim.

Tetapi paling banyak ialah umat Islam yang duduk di rumah ..read more 27Feb2010 | MYLASIA | 0 comments | Continued

Kartun hina Islam: Akhbar Denmark mohon maaf

Message from fivefilters.org: If you can, please donate to the full-text RSS service so we can continue developing it.

Kartun hina Islam: Akhbar Denmark mohon maaf

COPENHAGEN 27 Feb. – Akhbar harian Denmark, Politiken semalam memohon maaf kepada umat Islam kerana menyinggung perasaan mereka berhubung kartun Nabi Muhammad yang disiarkannya pada 2008.

Bagaimanapun, katanya, ia tidak menyesal atas tindakannya menyiarkan gambar kartun itu.

“Kami memohon maaf kepada sesiapa yang tersinggung dengan tindakan kami mencetak semula gambar ..read more 26Feb2010 | MYLASIA | 0 comments | Continued

Umat Islam perlu kukuhkan hubungan silaturahim – Sultan Perak

Message from fivefilters.org: If you can, please donate to the full-text RSS service so we can continue developing it.

Umat Islam perlu kukuhkan hubungan silaturahim – Sultan Perak

TAIPING 26 Feb. – Sultan Perak mahu umat Islam memperkukuhkan hubungan silaturahim sesama mereka supaya menjadi lebih kuat dan dihormati.

Baginda bimbang sekiranya umat Islam terlalu taksub dengan politik, kelompok masa depan mereka akan tergugat dan akan kehilangan hak agama serta bangsa di negara ini.

Sultan Azlan Shah bertitah sempena sambutan Maulidur Rasul peringkat negeri ..read more 26Feb2010 | MYLASIA | 0 comments | Continued

SEO Powered by Platinum SEO from Techblissonline