All Posts Tagged With: "Undang Undang"

LORI PENYAMUN

LORI PENYAMUN

WALAUPUN pasir yang disamun itu hak milik kerajaan negeri Selangor, tetapi lori-lori penyamun itu tetap melalui jalan raya yang dikawal oleh agensi-agensi Kerajaan Persekutuan iaitu polis dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).

Persoalannya adakah lori-lori tersebut tidak melakukan sebarang kesalahan hingga lepas bebas di jalan raya menuju ke destinasi tertentu? Maklumlah lori pasir, sudah tentu lebih muatan, lori kotor dan pelbagai lagi kesalahan. Itu belum diambil kira lesen tamat tempoh dan pemandu-pemandu lori yang belum dapat disahkan kerakyatannya. Pun ..read more 18Jul2010 | MYLASIA | View Comments | Continued

Khalid Bishop : ‘Enakmen larang kalimah Allah ketinggalan zaman’

Selepas membenarkan bukan Islam menggunakan kalimah Allah untuk kristian, kini Khalid Bishop berpendapat enakmen agama yang melarang penggunaan kalimah Allah dan perkataan-perkataan lain berkaitan Islam sudah ketinggalan zaman dan perlu dibincangkan semula.

Beliau mempersoalkan kenapa enekman tersebut tidak dikaji kembali sekiranya kefahaman umat Islam semakin mantap. kerana pada masa undang-undang itu diluluskan, mungkin tahap kefahaman umat Islam terhadap agama begitu lemah sehingga perlu dilindungi.Beliau juga mengatakan enakmen-enakmen merupakan undang-undang pentadbiran keagamaan dan bukan hukum yang bersifat qatii (putus) yang tidak boleh ..read more 14Jun2010 | MYLASIA | View Comments | Continued

Longgarnya keselamatan?

Longgarnya keselamatan?

SAYA merasa terpanggil untuk turut berbicara mengenai kapal-kapal dagang Israel yang dibenarkan memasuki Pelabuhan Klang.

Saya adalah salah seorang ejen perkapalan yang setiap hari berurusan di pelabuhan itu. Saya cuba berkongsi pengalaman dengan pembaca setakat mana yang saya tahu.

Memang benar apa yang dipersoalkan dalam kolum Cuit pada 9 Jun 2010 yang mempersoalkan kehadiran kapal Israel di Pelabuhan Klang sedangkan Malaysia tidak mempunyai hubungan diplomatik dengan mereka.

Saya ingin jelaskan, kapal-kapal milik Zim Lines yang masuk ke pelabuhan bukannya membawa kargo terus ..read more 14Jun2010 | MYLASIA | View Comments | Continued

Penyanyi rap ditahan polis

Penyanyi rap ditahan polis

NEW YORK 13 Jun – Penyanyi rap terkenal, Kid Cudi ditahan polis hari ini atas dakwaan melakukan kesalahan jenayah.

Menurut seorang anggota polis, Sarjan John Butorn, Cudi ditahan kerana didakwa memiliki bahan kawalan yang melanggari undang-undang jenayah negara ini.

Cudi mula popular selepas kemunculan album pertamanya pada 2009, Man on the Moon: The End of Day.

Selain itu, beliau juga pernah muncul dalam sebuah drama komedi bersiri yang berjudul How To Make It in America. – AP

Five Filters featured ..read more 12Jun2010 | MYLASIA | View Comments | Continued

Baiki kawalan, pemeriksaan KLIA

Baiki kawalan, pemeriksaan KLIA

Laporan tentang Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Sepang dijadikan sebagai transit bagi kegiatan penyeludupan dadah tidak mengejutkan tetapi boleh memalukan imej Malaysia.

KLIA bukan sahaja menjadi transit kepada sindiket pengedaran dadah tetapi juga pusat persinggahan bagi bermacam kegiatan yang menyalahi undang-undang negara kita.

Kita memang patut berasa bimbang dengan peningkatan nilai rampasan dadah di KLIA yang dikatakan begitu mendadak sebanyak RM62 juta bagi tahun 2009 berbanding RM17.6 juta pada 2008.

Tetapi kita juga patut bertanya dan bimbang ..read more 8Jun2010 | MYLASIA | View Comments | Continued

Segera runtuhkan keegoan Israel

Message from Five Filters: If you can, please donate to the full-text RSS service so we can continue developing it.

Segera runtuhkan keegoan Israel

BUMI Palestin terus menangis apabila flotila pembebasan Gaza yang membawa bantuan kemanusiaan terus disekat Israel. Terbaru, kapal MV Rachel Corrie yang disertai sekumpulan sukarelawan pro-Palestin telah ditawan secara ‘aman’ oleh armada tentera laut Israel.

Sikap angkuh dan biadap rejim Israel ini terbukti kerana mereka sebelum ini telah menawan kapal Mavi Marmara yang mengakibatkan sembilan orang sukarelawan terbunuh dan lebih ..read more 7Jun2010 | MYLASIA | View Comments | Continued

Vietnam tangguh kunjungan Shimon Peres ke Hanoi

Message from Five Filters: If you can, please donate to the full-text RSS service so we can continue developing it.

Vietnam tangguh kunjungan Shimon Peres ke Hanoi

HANOI 5 Jun – Vietnam telah menangguhkan kunjungan President Shimon Peres semalam selepas mengutuk serangan berdarah tentera rejim Israel itu ke atas kapal bantuan kemanusiaan untuk memecahkan sekatan ke atas Genting Gaza.

Shimon Peres dijadual akan mengadakan lawatan selama tiga hari ke Vietnam pada 11 Jun ini.

“Kami mengambil keputusan menangguhkan lawatan ekoran situasi semasa yang agak ..read more 5Jun2010 | MYLASIA | View Comments | Continued

Kurikulum baru latihan memandu ikut piawaian antarabangsa

Kurikulum baru latihan memandu ikut piawaian antarabangsa

PEKAN 29 Mei – Kerajaan sedang mewujudkan satu kurikulum baru latihan memandu yang lebih komprehensif dan menyeluruh yang mempunyai piawaian amalan antarabangsa bagi melahirkan pemandu yang kompeten, mematuhi undang-undang dan berhemah.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, kurikulum tersebut merupakan usaha serius kerajaan bagi menangani isu kemalangan jalan raya yang mengorbankan banyak nyawa setiap tahun.

Menurut beliau, kurikulum baru yang bakal diperkenalkan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) untuk latihan ..read more 29May2010 | MYLASIA | View Comments | Continued

RAMAI NAK JADI HERO…

PERGOLAKKAN DALAMAN ISTANA KELANTAN – KENAPA PILIH JALAN SEMAKIN SUKAR?

SEMUA pihak digesa agar menghormati “kesendirian” (privacy) Istana Kelantan dan tidak cuba mengambil kesempatan daripada krisis yang berlaku sekarang untuk tujuan kepentingan diri atau kumpulan.

Meskipun Raja-Raja Melayu di Malaysia merupakan raja berperlembagaan, namun istana mereka dikawal oleh tradisi dan budaya yang tersendiri, yang tidak sama dengan tradisi dan budaya yang mengawal istana dan raja-raja di negara-negara lain, misalnya di England.

Melibatkan raja yang memerintah dengan mahkamah, meskipun daripada aspek tertentu perundangan merupakan ..read more 27May2010 | MYLASIA | View Comments | Continued

Video Sidang Media PGSM Desak Permohonan Peguam Bukan Islam Victoria Jayaseele Martin Lawan Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan Ditarik Balik

Imbas kembali Kenyataan Akhbar Persatuan Peguam Syarie Malaysia atau PGSM ini pada 16 Mei 2010 yang lalu

Isu Peguam Syarie: PGSM Kesal

Oleh NURUL AIN MOHD. HUSSAIN

PETALING JAYA: Persatuan Peguam Syarie Malaysia (PGSM) hari ini kesal dan terkejut berhubung keputusan Mahkamah Tinggi Sivil yang membenarkan permohonan semakan kehakiman terhadap seorang wanita bukan Islam, Victoria Jayaseele Martin untuk bertugas sebagai peguam di Mahkamah Syariah Kuala Lumpur.

Timbalan Presiden PGSM, Musa Awang berkata, PGSM memandang serius perkara ini dan mereka akan mengambil tindakan sewajarnya bagi ..read more 21May2010 | MYLASIA | View Comments | Continued

SEO Powered by Platinum SEO from Techblissonline