All Posts Tagged With: "Yahya"

Tengku Merjan minta penjelasan

Tengku Merjan minta penjelasan

KOTA BAHARU 12 Mei – Kekanda Sultan Kelantan, Tengku Merjan Almarhum Sultan Yahya Petra meminta Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein memberi penjelasan berhubung dakwaan Raja Perempuan Kelantan bahawa baginda dikasari polis.

Ini berikutan laporan sebuah akhbar tabloid berbahasa Melayu yang memetik sumber Istana Mahkota bahawa Tengku Anis Tengku Abdul Hamid dikasari anggota polis di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM), Kubang Kerian di sini pada Selasa lepas ketika Sultan Kelantan, Tuanku Ismail Petra dimasukkan ..read more 13May2010 | MYLASIA | View Comments | Continued

Sultan Kelantan fail permohonan sah cerai isteri kedua

Sultan Kelantan fail permohonan sah cerai isteri kedua

KOTA BHARU 9 Mac – Sultan Kelantan, Tuanku Ismail Petra Tuanku Yahya Petra hari ini memfailkan permohonan pengesahan cerai talak tiga terhadap isteri kedua baginda, Che Puan Elia Suhana Ahmad, di Mahkamah Tinggi Syariah Kota Bharu di sini.

Peguam Sultan Kelantan, Zainul Rijal Abu Bakar, ketika dihubungi berkata, beliau dan rakannya Abdul Halim Bahari telah memfailkan permohonan itu pada 3.30 petang.

“Kami telah dititahkan oleh Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Ismail Petra supaya ..read more 9Mar2010 | MYLASIA | View Comments | Continued

Juruterbang, penumpang pesawat kecil terhempas selamat

Juruterbang, penumpang pesawat kecil terhempas selamat

KOTA BHARU 9 Mac – Juruterbang dan penumpang sebuah pesawat latihan milik swasta yang terhempas di kawasan sawah di Jelawat, Bachok, hari ini, dilaporkan terselamat.

Ketua Polis Daerah Bachok, DSP Yahya Salleh berkata, kejadian itu berlaku pada 4.40 petang.

Namun, katanya, beliau belum mendapat maklumat mengenai jenis pesawat dua tempat duduk itu.

Menurut jurucakap Skim Rondaan Sukarela (SRS) yang berada di lokasi kejadian, juruterbang dan penumpangnya dibawa keluar dari pesawat itu dan dihantar ke Hospital Universiti ..read more 9Mar2010 | MYLASIA | View Comments | Continued

FAM sumbang RM10,000 kepada bekas pemain kebangsaan

Message from fivefilters.org: If you can, please donate to the full-text RSS service so we can continue developing it.

FAM sumbang RM10,000 kepada bekas pemain kebangsaan

KUALA TERENGGANU 13 Feb. – Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) hari ini memberi sumbangan RM10,000 kepada bekas pemain kebangsaan Yahya Jusoh yang menghidap penyakit saraf.

Naib Presiden FAM, Datuk Che Mat Jusoh berkata, sumbangan itu bertujuan meringankan beban Yahya sekeluarga.

Beliau berkata, penderitaan Yahya mendapat perhatian Presiden persatuan, Sultan Ahmad Shah yang berdoa penyakit bekas ..read more 13Feb2010 | MYLASIA | View Comments | Continued

Kanak-kanak perempuan 3 tahun mati dihempap televisyen

Kanak-kanak perempuan 3 tahun mati dihempap televisyen

JOHOR BAHRU 19 Jan. – Seorang kanak-kanak perempuan berumur tiga tahun meninggal dunia selepas dihempap televisyen berukuran 24 inci di rumahnya di Bandar Putra, Kulaijaya, dekat sini, malam tadi.

Ketua Polis Daerah Kulaijaya, Supt. Zulkefly Yahya berkata, kejadian berlaku kira-kira pukul 9.40 malam ketika mangsa, Cyndi Yeo, sedang menonton berseorangan di dalam bilik belakang di rumah tersebut.

“Kejadian disedari bapanya, Yeo Sung Wah, 38, yang terdengar bunyi sesuatu benda terjatuh di dalam bilik berkenaan dan disusuli ..read more 19Jan2010 | MYLASIA | View Comments | Continued

Sebutan semula kes syabu RM254 juta, 8 Mac

Sebutan semula kes syabu RM254 juta, 8 Mac

KUANTAN 14 Jan. – Mahkamah Tinggi di sini hari ini menetapkan 8 Mac ini sebagai sebutan semula bagi pihak pendakwaan menyerahkan semua dokumen kepada peguam bela dalam kes seorang pemandu yang didakwa mengedar syabu bernilai kira-kira RM254 juta, 2 Mei tahun lalu.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Khalmizah Salleh di hadapan Pesuruhjaya Kehakiman, Datuk Mariana Yahya.

Tertuduh pula diwakili oleh peguam J. ..read more 14Jan2010 | MYLASIA | View Comments | Continued

Siaran langsung Perlawanan Akhir Bolasepak Sukan SEA jam 6 petang Khamis 16 Disember

Radio Televisyen Malaysia (RTM) akan menyiarkan siaran langsung perlawanan akhir bola sepak Sukan Sea XXV, Laos antara Malaysia dan Vietnam, Khamis ini – 16 Disember.

Ketua Pengarah Penyiaran, Datuk Ibrahim Yahya berkata, siaran itu yang ditaja oleh Telekom Malaysia, akan dapat ditonton menerusi TV2 dan dijangka bermula pada 6 petang.

“Bagaimanapun waktu siarannya tertakluk kepada pukul berapa perlawanan dimulakan,” katanya pada sidang akhbar di Angkasapuri hari ini untuk mengumumkan program Rentak Juara-Rhythm of Champions 2010.

Malaysia melayakkan diri setelah mengalahkan tuan rumah ..read more 16Dec2009 | MYLASIA | View Comments | Continued

Beban pelajar SPM sekarang

Oleh SULIATI ASRIsuliati@hmetro.com.my

Sejarah Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) mendapati jumlah mata pelajaran yang perlu diambil pelajar sentiasa tidak konsisten, diubah dari semasa ke semasa.

Sejak sistem pensijilan terbuka dilaksanakan bermula 2000, ia tidak mengehadkan jumlah mata pelajaran calon SPM menyebabkan ada pelajar mengambil sehingga 20 subjek.

Bagaimanapun, bagi mengelak sebarang masalah dengan keputusan A1 yang tidak konsisten dalam kalangan pelajar cemerlang selain memudahkan Kementerian Pelajaran membuat perbandingan, jumlah subjek calon SPM dihadkan kepada 10 subjek saja bermula tahun depan.

Bagaimanapun, di atas permintaan ..read more 14Dec2009 | MYLASIA | View Comments | Continued

JAWATAN KOSONG DI MAJLIS DAERAH KUALA KRAI (MDKK) KELANTAN

Terbuka kepada semua Warganegara Malaysia.

JAWATAN:-Penolong Jurutera (Gred J29)

CARA MEMOHON:Permohonan hendaklah menggunakan Borang Permohonan Jawatan MDKK 1 yang boleh didapati dari Majlis Daerah Kuala Krai dengan bayaran RM3.00.

Permohonan hendaklah menyertakan sekeping gambar berukuran pasport, salinan sijil Persekolahan, Salinan Surat Beranak dan sekeping sampul surat berukuran 22sm X 11sm beralamat sendiri serta bersetem 30 sen.

Sila hantarkan borang permohonan ke alamat:

Yang Dipertua,Majlis Daerah Kuala Krai,JKR 60, Jalan Sultan Yahya Petra,18000 Kuala Krai,Kelantan.

TARIKH TUTUP : 22 NOVEMBER 2009

Sumber Berita

19Nov2009 | MYLASIA | View Comments | Continued
SEO Powered by Platinum SEO from Techblissonline